Khamis, 3 September 2015

Kepentingan Blog Kepada Usahawan Online

Matlamat dan keistimewaan Kelas Asas Blog Bisnes yang dianjurkan oleh ABDR adalah untuk menulis perkongsian, pengalaman dan kepakaran dalam membina jaringan / prospek. Kaedahnya seperti berikut :-
  1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis.
  2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
  3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
  4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk pilihan (produk digital dan produk fizikal).
  5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
  6. Asas kedai online, borang tempahan dan lima label utama.
  7. Pautan ke blog dan fanpage.
  8. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
  9. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh.
  10. Kita jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya Allah.

Ulasan / testimoni peserta Kelas Blog Bisnes Fanpage.

Penulis: Nor Mahsuri Mhd Nordin
Sebelum mengenali Akademi Bekerja Di Rumah, saya pernah memiliki beberapa buah blog. Pada ketika itu, saya hanya menggunakannya untuk diri sendiri sahaja dan tidak publish setiap entri yang saya buat kepada umum. Mulanya saya mengenali blog melalui rakan sekerja yang memiliki blog yang menarik dan blognya turut dibaca oleh umum. Saya merasa teringin untuk memiliki blog sendiri. Disebabkan saya tidak pakar dalam dunia blogging, maka saya hanya update entri sahaja, tanpa memasukkan apa-apa gajet ke dalam blog tersebut. Akhirnya blog-blog tersebut terbiar begitu sahaja kerana saya tidak mempunyai masa untuk update dan akhirnya terus dilupakan. Jika saya merasa ingin membina blog, saya akan mencipta yang baru pula.

Saya teringin memiliki kedai online sendiri apabila melihat telah ramai orang yang memulakan perniagaan secara online. Pada suatu hari saya terbaca artikel Pn. Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita dan saya terus berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Saya terus menghubungi Pn. Masayu Ahmad untuk menyatakan hasrat saya. Permintaan saya disambut dengan baik oleh Pn. Masayu Ahmad dan saya telah mendaftar untuk menjadi pelajar di Akademi berkenaan. Seterusnya saya diperkenalkan oleh beliau kepada seorang guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria yang membimbing saya untuk membina blog sehingga kini.

Sebelum saya memiliki blog perniagaan sendiri, terlebih dahulu saya diajar perkara asas yang perlu dibuat di dalam blog seperti memasukkan pages, memasukkan blog rakan-rakan akademi untuk memudahkan laluan trafik, memasukkan gajet-gajet tambahan seperti borang pesanan, facebook fanpage dan sebagainya. Semuanya di atas bimbingan Pn. Anys Idayu Zakaria yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan saya sekiranya saya sedikit lalai dalam menyiapkan tugasan. Memang saya akui saya tertinggal jauh jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana kelas diadakan dengan cara yang fleksibel, dan guru online juga boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja jika terdapat kemusykilan. Sedaya upaya saya cuba menyiapkan tugasan jika berkesempatan. Saya merasa bersyukur akhirnya dapat juga menghabiskan tugasan memasukkan sebanyak 44 entri sebagai tugas utama. Terima kasih diucapkan kepada guru online saya iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria.

Selain daripada belajar menyiapkan blog dan fanpage, banyak lagi ilmu yang saya perolehi, terutamanya yang berkaitan dengan dunia perniagaan online. Banyak panduan dan tips-tips yang berguna untuk digunakan bagi membina perniagaan yang baru bermula. Malah kami juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain di akademi serta saling bantu-membantu mempertingkatkan trafik blog.

Hubungi saya jika anda berminat untuk pendaftaran kelas.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Email: ruslindajalil@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...