Sabtu, 26 September 2015

Menimba Ilmu Mestilah Berguru

Teks: Rozanah Zakaria
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber: ABDR

Sudah lama entri ini tertangguh. Asyik terlupa saja. Hehe. Mujurlah saya dapat seorang guru blogging yang sangat penyabar, Puan Anys Idayu Zakaria. Bayangkan orang lain awal lagi sudah menyiapkan tugasan diberikan, semangat saya yang tenggelam timbul kurang membantu saya, malah membantutkan pula. Haha! Terima kasih ye cikgu Anys.

Saya mula diperkenalkaan dengan kelas dibawah naungan Akademi Bekerja Dari Rumah ini oleh sahabat semasa bersekolah dahulu, iaitu Sharimah Yahya. Terima kasih juga angah ye!

Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :)

Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di facebook miliknya, yang seterusnya membawa saya ke blog beliau sharimahyahya.blogspot.my. Kemudian saya teringat kata-kata ustaz saya, untuk menimba ilmu, walau bagaimana kita rasa kita pandai, kita harus berguru! Bukan saya tidak tahu selama ini bahawa belajar mesti berguru, namun saya fikir apa sangatlah berblog sampai hendak berguru, bukan? Tetapi dengan kuasa Allah, saya seperti ditarik untuk bertanya lebih lanjut dengan Sharimah. Tidak cukup dengan mesej, saya baca blog beliau, kemudian saya email beliau. Sejak itulah, persepsi saya tentang berblog berubah sama-sekali!

Rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk pembaca di luar sana menjumpai blog saya! Tidak hairanlah, selama 5 tahun saya berblog (tanpa berguru), saya sendiri tidak pernah jumpa blog saya di carian Google atau mana-mana enjin carian lain! Tetapi kini hanya dalam masa hampir setahun, 'pageviews' blog saya sudah mencecah hampir 6000! Berbeza dengan blog yang telah saya bangunkan sejak 2010, dalam masa 5 tahun, baru mencecah 'pageviews' 2000 lebih kurang. Hmm, itulah kuasa blog jika kita tahu selok-beloknya, bukan?

Jadi, apa yang diajar dalam kelas Asas Penulisan Blog yang saya sertai ini? Jika anda hendak tahu, setiap apa yang ditulis dalam blog kami protege ini, akan dipantaau oleh seorang guru online. Seperti saya, cikgu Anys sangat proaktif. Beliau akan membaca kesemua blog dibawah kendalian beliau, kemudian memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar secara spesifik berkenaan apa-apa yang perlu diperbaiki. Sehinggakan cara dan gaya penulisan juga diberikan tunjuk ajar secara terperinci. Pada mula saya membayar RM300 untuk kelas ini, saya tiada idea apa yang saya akan dapat. Namun, apabila saya mendapat 'coaching' yang berterusan serta terperinci seperti ini, saya fikir sepatutnya nilai yang perlu dibayar adalah lebih lagi! Apalah sangat jumlah yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang tidak ternilai yang kita dapat, bukan?

Bukan itu sahaja, jaringan ABDR ini sangat besar. Beribu-ribu blog bergabung, menghasilkan satu sinergi yang sangat hebat! Patutlah blog saya dahulu berkembang seperti siput bergerak, kerana saya bergerak secara solo. :)

******************************************************


Jika sudah bersedia, boleh mendaftar untuk bersama keluarga besar ABDR. Iaitu kumpulan sokongan surirumah secara online. ABDR menyediakan 3 jenis kelas blog yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.

1. Kelas Blog Penulisan - menulis berdasarkan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada. Contohnya anda minat memasak, kongsikan resepi, rahsia dan tips-tips masakan di dalam blog. Ia boleh dijadikan panduan kepada pembaca yang mengikuti penulisan anda dan secara tidak langsung blog anda akan menjadi salah satu daripada kaedah pemasaran. Dapat menukar pembaca kepada prospek pelanggan.

2. Kelas Blog Bisnes - membina kedai atas talian (online) berdasarkan produk atau servis. Contohnya produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan dan seterusnya. Kelas ini sesuai untuk surirumah yang tiada asas atau pengetahuan tentang urusniaga online. Kepada anda yang hendak memulakan berniaga, tetapi tidak tahu cara atau tidak ada produk, pilih Kelas Blog Bisnes.


3. Kelas Penulisan Kreatif - anda ada idea untuk menulis cerita dan mahu menghasilkan cerpen / novel sendiri. Belajar menggunakan ayat dan tertib yang betul daripada guru berpengalaman menulis.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...