Sabtu, 31 Oktober 2015

Pembaca Dan Pelanggan

Sumber: Pn. Anys Idayu (Guru Online)

Dalam setiap kelas ABDR ada matlamat yang berasingan. Kami tidak memberi jaminan jualan meningkat atau meletup-letup. Tetapi kami mahu menunjukkan contoh yang membantu pembaca/pelanggan membuat jejak kedai atau blog melalui google.

Label dan kata kunci di blog sangat penting bagi membantu usahawan/pemilik kedai/pemilik blog tahu siapa pembaca dan siapa pelanggan.

Saya berikan contoh blog yang sudah mendapat respon yang baik dari pelanggan.

Contoh: Ulasan peserta, Puan Hamidah Burham
Contoh : Ulasan peserta, Puan Nasriah Abdulllah

Contoh : Ulasan peserta, Puan Nor Amalina

Contoh : Ulasan peserta kelas blog bisnes, Puan Nor Mahsuri Nordin

Lebih banyak lagi ulasan peserta yang boleh anda baca dalam blog rasmi ABDR

Jika anda mahu daftar mana-mana kelas online blog bisnes / kelas online blog penulisan ABDR, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Jumaat, 30 Oktober 2015

Bagaimana Memulakan Bisnes Online

Penulis: Noor Azila Mohamad
Gambar: ABDR
Ulasan Ebook: 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

Assalammualaikum...
Alhamdulillah, setelah baca ebook ini, semua persoalan selama ini telah terjawab. Walaupun saya telah lama bermula dalam bisnes online, tetapi apa yang ada dalam ebook ini tetap menjadi amalan saya sehingga kini. Dulu sebelum bermula, terlalu sukar untuk mencari buku atau ebook tentang bagaimana ingin memulakan bisnes online, tetapi kini, dengan adanya ebook ini, sangat-sangat membantu untuk yang ingin bermula.

Dulu sebelum saya bermula, pelbagai badan-badan kerajaan dan pihak yang ingin menawarkan pinjaman perniagaan, mudahkan? Di universiti juga, kita di ajar untuk membuat kertas kerja untuk memohon pinjaman perniagaan. Tahukah anda?, itu adalah perangkap yang sangat berbahaya. Elakkan berhutang untuk memulakan perniagaan. Dalam ebook ini, terdapat panduan asas untuk bermula tanpa modal. Antaranya, tidak memulakan bisnes dengan berhutang, tidak memulakan dengan modal yang besar, belajar asas berniaga dan berjualan, belajar asas bina kedai online pertama, urusniaga pertama, jualan pertama dan belajar asas bisnes dan tahap perkembangan berperingkat. Dalam ebook ini juga ada panduan atau strategi untuk kita bermula tanpa perlu kita menjadikan modal sebagai faktor utama.

Dropship?
Perkataan yang paling popular pada masa kini. Semuanya ada di terangkan di dalam ebook ini. Ada yang memandang rendah pada 'dropship', mungkin kerana margin keuntungannya tidak begitu besar, tetapi mereka lupa, bahawa untuk bermula bukanlah keuntungan yang menjadi faktor utama, tetapi belajar dan fokus dahulu cara pemasaran yang betul. Jika kita ingin bermula dengan lambakan stok, tetapi tidak mahir dalam pemasaran, bagaimana sekiranya, barang jualan tidak mendapat sambutan, kita akan menghadapi masalah dalam pusingan modal seterusnya. Jom berkuli dahulu sebelum menjadi tuan.

Secara ringkasnya, di dalam ebook ini, pelbagai panduan berguna untuk yang ingin memulakan perniagaan, sama ada secara online atau pun offline. Bermulalah dengan mencari ilmu  agar kita tidak mengambil jalan jauh dengan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu. In shaa Allah, usaha, doa dan tawakkal..semoga berjaya :)
10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
RM 30.00
Ringkasan Ebook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 1
Tinta Pengarang
Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online

Mahu sertai ABDR? Kami mengalu-alukan anda.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Khamis, 29 Oktober 2015

Fokus Blog

Teks: Ruslinda Abdul Jalil 

Pada suatu masa dahulu, anda pernah ada blog atau sudah ada blog tetapi blog bersawang kerana tiada idea menulis, rasa terbejat buntu lalu blog pun membeku kaku.

Memang normal kadang-kadang kita hilang arah dalam penulisan, tergelincir dari fokus asal penulisan blog menyebabkan usaha kita terhenti separuh jalan. Kecewa.

Di ABDR, kami diajar untuk menulis dengan menggunakan 5 label utama yang bakal memberi banyak impak pada penulisan di blog.

Pertama, catatan harian. Setiap hari pasti ada kejadian baru dalam kehidupan. Tulis dan kaitkan dengan fokus blog. Tukarkan situasi yang tidak menyenangkan kepada susunatur ayat yang memberi biasan positif supaya aura negatif tidak singgah kepada kita sebagai penulis atau pembaca.

Kedua, catatan pengalaman. Ceritakan pengalaman bisnes, pengalaman kerja serta banyak lagi catatan pengalaman yang boleh diceritakan. Setiap orang tidak sama pengalamannya dan boleh dimanfaatkan untuk orang lain.

Belajar lagi bersama guru online yang dedikasi di ABDR dalam Kelas Asas Blog Penulisan mahupun Kelas Asas Blog Bisnes untuk mengetahui FOKUS blog anda.

Semuanya di hujung jari kerana kelas / produk ABDR 100 % secara atas talian. Kita berkongsi manfaat menulis sebagai sedekah kepada pembaca.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Rabu, 28 Oktober 2015

ABDR Bukan MLM

Soal dan Jawab tentang ABDR.

Bergabung dengan kami jemaah ABDR. Sudah lebih 1000 penyertaan suri. Tiga kategori kelas popular sepanjang tahun:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun

Ini soalan yang biasa ditanya.
1. Adakah ABDR MLM?
-Kami bukan MLM.
-Kami adalah kumpulan sokongan untuk surirumah yang mahu belajar asas bisnes online.
-Latihan ini dilakukan secara online, walau di mana sahaja anda berada.
-Latihan ini juga boleh dilakukan secara one to one.

2. Bagaimana mahu daftar?
-Boleh lihat keterangan di sini dahulu http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
-Atau baca catatan dalam blog ini.
-Pilih kategori kelas, kemudian pilih yuran.

3. Adakah boleh belajar secara berdepan (one to one)?
-Iya, memang boleh. Sebelum daftar kenalpasti lokasi dan maklumkan kepada kami lokasi anda. Kita sudah pun membuat kelas offline sepanjang 2014/2015.

4. Apakah modul yang sesuai untuk saya belajar?
-Selepas kita analisa baru kita tahu modul apa yang sesuai kerana setiap orang tidak sama masalah.
-Ada yang tidak ada asas penulisan dan mahu belajar menulis secara konsisten.
-Ada yang sudah ada kedai online, tetapi mahu belajar menulis untuk membina trafik dan pembaca/pelanggan.
-Ada yang sudah ada website tetapi tidak ada jualan.
-Ada yang sudah ada blog tetapi tidak tahu mahu tulis apa.

5. Apa pilihan kelas di ABDR?
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.

6. Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?
-Selepas faham masalah.
-Pilih kelas.
-Pilih kategori yuran.
-Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR, iaitu ada dua logo pada blog mereka.
-Daftar, analisa, masuk grup dan mula.
-Selepas analisa tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup.
-Pelajar/peserta boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja anda berada.

Masih tidak jelas dan mahukan penerangan lanjut, boleh hubungi saya ;)

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Selasa, 27 Oktober 2015

Resipi Rahsia Penulisan Kreatif

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

ABDR menawarkan tiga kategori kelas popular sepanjang tahun:

1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
2. Kelas Asas Bisnes Online
3. Kelas Akaun

Salah satu cabang Kelas Asas Blog adalah Penulisan Kreatif.

Sumber: Pn. Monalita Mansor.

Apakah Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif? 
  • belajar membina blog.
  • menulis kreatif berdasarkan panca indera.
  • memahami prinsip-prinsip asas penulisan cerpen.
  • menghasilkan cerpen yang boleh diketengahkan.
  • minat penulisan gaya penceritaan.
  • ingin menambah ilmu.
  • kadar yuran berpatutan. 
  • bersemangat dan istiqamah.
Sekiranya anda ada bakat penulisan kreatif, mahu mencungkil dan mengasah lagi bakat tersebut, inilah peluang dan ruang untuk anda.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Isnin, 26 Oktober 2015

Latihan Asas Penulisan Berinformasi

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Kalau wanita selepas bersalin, kena berpantang selama 44 hari paling kurang untuk memulihkan kesihatan ibu. Ada juga yang berpantang 100 hari.

Dalam Kelas Asas Blog Online ABDR pula, peserta kena siapkan 44 entri di blog sebagai latihan menulis dan untuk pasak blog kita dalam jejak carian Google.

Selepas anda memilih dan mendaftar kelas yang diinginkan, anda haruslah membaca ebook rujukan yang diberi sebagai panduan umum. Kemudian jawab soalan analisa untuk menentukan tajuk, fokus dan lima label utama untuk blog anda nanti. Beberapa lagi tugasan akan diberikan untuk melengkapkan blog anda.

Kemudian apabila sampai kepada latihan menulis 44 entri, tujuan utama adalah:
  1. Untuk memenuhi informasi yang fokus kepada tajuk blog.
  2. Untuk melatih menulis dan konsisten menulis selepas menguasai 44 entri tersebut.
  3. Untuk menarik pembaca tersendiri kerana setiap orang berbeza lenggok penulisan.
Cara mengekalkan konsisten menulis :-

1. Latihan 44 entri paling asas bagi yang baru mula menulis. Pastikan mula dengan catatan harian dalam buku nota. Kemudian pindahkan apa yang ditulis ke dalam blog.

2. Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti pada hari tersebut, catatan harian seorang surirumah, seorang pekerja, seorang ibu, seorang usahawan. Tulis apa sahaja aktiviti bermula bangun pagi.

3. Jangan tinggalkan walau satu hari, kebiasaaan 44 hari ini memudahkan kita menulis dan menjadikan ia rutin yang biasa.

4. Cari masa yang sesuai setiap hari ambil hanya lima hingga 10 minit sahaja. Tulis semula apa yang dicatat. Terus tulis dan publish, jangan ada perasaan teragak-agak.

5. Apabila kita sudah berada dalam zon bertenang, kembali lihat semula entri terdahulu, sunting dan tambah baik penulisan sedia ada.

6. Melepasi 44 entri kelihatan blog kita sudah begitu cantik tersusun dan sudah mula padat dengan informasi ringkas. Ia adalah cara paling mudah untuk menarik pembaca suka berkunjung.

7. Pembaca datang setiap hari kerana mahu baca apa yang dikongsikan.

8. Penulisan yang jujur menjadikan penyampaian lebih bersahaja dan blog sebegini suka didatangi lagi dan lagi.

9. Jika mahu ada pembaca datang, jadi jangan tidak ada entri baru. Istilahnya seperti menjemput tetamu dan tetamu itu adalah rezeki.

10. Jamu tetamu dengan perkataan baik-baik, mudahan ia kembali membawa rezeki untuk kita. Jika tidak hari ini, mungkin esok, atau lusa atau datang banyak serentak.

Belajar lebih lanjut dalam Kelas Asas Blog Online ABDRPendaftaran dibuka setiap hari. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Khamis, 22 Oktober 2015

Mengurus Duit Bisnes


Grup Coaching (6-10 orang peserta)
Tarikh: 31/10/15 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Modul:
1. Pengenalan Buku Kira-kira dan Perakaunan.
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan.
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet).
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI?
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Sumber : Puan Aishah Hussein.

Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer: 
  • Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
  • Duit personal adalah duit "SENDIRI"
  • Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
  • Jangan Gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
  • Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes. 

Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.

Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang. Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?

Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.

Usahawan kecil yang berminat menyertai kelas akaun ini, boleh hubungi saya untuk pendaftaran segera.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Rabu, 21 Oktober 2015

Dropship Buku

Anda mahu memulakan bisnes tetapi tidak ada produk?

Tidak tahu bagaimana hendak memulakan bisnes online?

Tiada modal untuk memulakan bisnes?

Jom mulakan dengan dropship buku ilmiah dan motivasi ini.

Kami bantu sediakan bahan untuk anda yang hendak mula. Anda hanya perlu promote sahaja. Selainnya kami uruskan.

Hubungi saya untuk menjadi sebahagian daripada ahli dropship kami.


Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ialah :-
  • kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
  • kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
  • kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
  • kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
  • platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
  • Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
  • Belajar asas berjualan melalui program dropship.
  • Belajar menjual produk fizikal.
  • Belajar menjual produk digital.
  • Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Selasa, 20 Oktober 2015

ABDR Untuk Wanita Dan Lelaki

Penulis : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Guru Online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber : ABDR

Ulasan Kelas Asas Blog, Fanpage & Beriklan di Instagram.

"Jika anda mahu ubah hidup anda serta tahap kewangan anda,kita perlu tingkatkan tahapILMU kita,tahap KUASA TINDAKAN kita dan tahap PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH serta orang di sekeliling kita terutama ibubapa" - Dr Azizan Osman.

ILMU..kerana dahagakan ilmu IT maka Kak Bed berada di sini - di kalangan rakan rakan hebat ABDR. Sebenarnya dah lama Kak Bed tahu kewujudan ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah) melalui post post di facebook oleh Puan Masayu Ahmad.

Puan Masayu Ahmad memang tersenarai dalam friendlist Kak Bed masa mula mula Kak Bed ada facebook. Beliau merupakan rakan kepada bekas rakan rakan satu sekolah dengan Kak Bed yang belajar di USM, Penang.

Pada permulaan, Kak Bed tak memahami sangat apa yang diutarakan oleh beliau tapi Kak Bed suka baca post post beliau. Sehinggalah beliau menjadi penulis dalam majalah Mingguan Wanita. Masa tu terlintas dalam fikiran Kak Bed, 'bagus betul dia ni. Gigihnya dia".

Tapi cuma fikir saja tanpa sebarang tindakan susulan, sebab apa yang Kak Bed faham ketika itu adalah artikel artikel yang ditulis adalah untuk surirumah sahaja..huhuhuhu.

Sampailah satu saat di mana Kak Bed ternampak iklan di post beliau berkenaan Kelas Instagram dan asas blog.

Kak Bed tertarik dengan instagram sebab nak tahu macamana nak berniaga melalui Insta masa tu. Lalu diperkenalkan kepada Cikgu Zaila Mohamad yang merangkap macam adik sudah lagaknya..hihihi..

23 Mei 2015, kelas ditetapkan. Bukan senang nak cuti sebab Kak Bed kerja retail. Tapi atas kebernasan memberi alasan akhirnya dapat bersua muka dengan Cikgu Zaila ni.

Debaran sesangat sebab tak tahu perwatakan beliau macamana kan. Kak Bed ni dah la kurang ilmu IT. Macam mana la kalau tak dapat ikut kelas ni nanti. Risau yang amat sebenarnya.

Semua debaran, takut, runsing habis hilang bila dalam kelas. Cikgu Zaila bukanlah seperti guru displin macam di sekolah sekolah itu.hihihi.. Beliau banyak membimbing Kak bed dalam kelas dari A-Z. Sangat penyabar orangnya walau Kak Bed banyak bertanya.

Banyak perkara yang Kak bed tak tahu sebenarnya pasal blog. Sebelum ni asyik google, belajar di youtube tapi susah benar nak faham. Bila bersemuka macam ni, baru la Kak Bed 'ternganga' sekejap. Boleh dikatakan 100% persoalan pasal blog terutamanya terjawab. Manakala instagram pula tak susah rupanya. Hanya kena rajin upload gambar saja.

Cikgu Zaila juga guide Kak Bed apa sebenarnya perlu fokus penulisan dalam blog. Beliau nampak post post Kak Bed sebelum ini dan terus suggest fokus kepada kecantikan. Walhal masa tu Kak Bed memikirkan fokus yang lain.

Tapi memang benarlah cadangan Cikgu Zaila untuk memberikan fokus kepada kecantikan sebab Kak Bed rasa lebih santai mencoret dalam blog berbanding 'fokus' Kak bed yang satu itu.

Pendek kata memang tak rugi sertai keluarga besar ABDR ni. Ada group coaching lagi. Tak jemu jemu melayan Kak Bed siang dan malam, memang ada rasa pertalian yang istimewa di situ.

Nak sertai kelas samada offline dan online tak susah pun. Boleh hubungi Puan Zaila Mohamad di facebook.

Terima kasih Cikgu Zaila dan Puan Masayu Ahmad kerana sudi memberi peluang kepada Kak Bed untuk menyertai keluarga besar ABDR ini.

***************************************************
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ialah :-
  1. kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online.
  2. kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah.
  3. kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan.
  4. kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm.
  5. platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
  1. Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
  2. Belajar asas berjualan melalui program dropship.
  3. Belajar menjual produk fizikal.
  4. Belajar menjual produk digital.
  5. Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Isnin, 19 Oktober 2015

Barisan Hadapan ABDR

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber dan Gambar: ABDR

Bagi sahabat pembaca yang masih tidak jelas apa fungsi dan peranan saya dalam ABDR a.k.a PO (Pengurus Online ABDR) seperti yang sedang saya buat sekarang, jom baca di sini.

Siapa dan apakah PO atau Pengurus Online ABDR?
PO itu, bukan Purchase Order tetapi bermaksud Pengurus Online.

Pengurus Online adalah barisan hadapan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang memperkenalkan produk ABDR dan berkongsi kebaikan ABDR. Kami adalah alumni ABDR yang telah berdaftar melalui mana-mana kelas online ABDR dan berjaya menyiapkan 44 entri tugasan yang diberikan oleh guru online ABDR.

Tiga produk ABDR 100% produk digital:-
1) Kelas online
2) Ebook
3) Sewa tapak iklan
  • Hanya perlukan laptop, smartfon, internet.
  • Beroperasi dari rumah dan di mana sahaja.
  • Mahu berusaha untuk keluar dari zon selesa.
  • Yuran penyertaan mampu milik (berdasarkan pakej kelas).
  • Bekerja dari rumah.
  • Bisnes dari rumah.
  • Jana wang dari rumah.
  • Fokus kutip komisen rm5, 10, 20, 100 sehari.
  • Anda ada produk sendiri? Boleh masukkan sekali.

Tiada jalan singkat untuk hidup senang. Bak kata pepatah:

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian ;)

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Sabtu, 17 Oktober 2015

WAHM Di Perantauan

Ini contoh salah seorang peserta ABDR, yang jauh di bumi sonata, Korea Selatan. Jarak tidak memisahkan untuk beliau belajar bersama ABDR.

Saya telah menjadi surirumah selama hampir 3 tahun. Selama itulah, saya hanya bergerak sendiri.

Jatuh bangun sendiri, kadang-kadang terasa sunyi apabila anak-anak ke sekolah ataupun tidur.

Tambahan pula apabila tinggal di Korea Selatan ini, suami amat sibuk bekerja tidak kira siang atau malam, hujung minggu apatah lagi hari biasa. Sewaktu saya menulis draft entri melalui telefon ini, dia sudahpun berpagian di hadapan laptop menyiapkan kerja dari rumah lagi. Hendak keluar ke pejabat sekarang, suhu pagi sudah pun mula sejuk musim luruh.

Semasa di Malaysia, saya ada ramai jiran-jiran yang surirumah seperti saya. Semuanya pernah bekerja dan berhenti seperti saya juga untuk fokus pada keluarga.

Berbanding di sini, saya banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Berjumpa orang Malaysia lain ketika ada urusan atau apa-apa majlis atau mungkin juga terserempak di Itaewon, tempat membeli daging Halal.

Sehinggalah saya berjumpa dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini, hidup surirumah saya lebih bermatlamat. Dari hanya menguruskan rumahtangga dan mengambil tempahan jahitan beg kecil-kecilan serta menulis blog ala kadar, saya akui saya sekarang lebih fokus menulis dan konsisten dengan label entri blog.

Saya juga tahu tujuan menulis dan sasarannya. Penceritaan dan bahasa penulisan juga sudah ada perubahan positif. Saya sertai kelas asas penulisan blog dan kelas asas blog bisnes dengan ABDR ini dengan rela hati dan semestinya selepas berbincang dengan suami mengenainya.

Suami saya yang mula-mula mendorong saya membuat sesuatu untuk isi masa lapang terutamanya apabila anak bongsu kami sudah makin membesar dan dia akan berumur 4 tahun pada tahun depan. Jadi ABDR ini lah yang muncul di saat saya mencari.

Ada kawan-kawan yang tanya pada saya bagaimana saya boleh sertai kelas ini sedangkan cikgu saya di Malaysia dan saya di Korea? Kelas one-to-one ini dijalankan sepenuhnya online melalui email, Facebook, Whatsapp ataupun FB Messenger.

Kelas yang fleksible, tiada tekanan dan santai membolehkan saya menyusun masa harian saya untuk kelas. Saya hanya uruskan keluarga seperti biasa dan hanya menggunakan telefon dan laptop sahaja dan yang paling penting ianya boleh dilakukan tanpa keluar rumah. Jika saya tidak sertai kumpulan sokongan suri inipun, saya masih lagi menggunakan internet dan Facebook. Jadi apa salahnya jika saya hanya "tukar" sedikit aliran penceritaan dan penulisan di blog dan juga di Facebook.

Baca lebih banyak perkongsian beliau, 

Tidak kira siapa anda dan di mana anda berada, sekiranya anda mahu menyertai kami dengan matlamat yang sama, saya amat mengalu-alukan anda. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Jumaat, 16 Oktober 2015

Logo Penjenamaan ABDR


Pernah tengok logo comel ini? Ini logo jemaah kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). 

Logo bagi kumpulan sokongan para ahli (tidak boleh tulis ibu kerana kami terdiri daripada cik, puan dan juga tuan) yang bekerja di rumah sama ada sepenuh masa atau pun separuh masa.

Produk kami adalah bahan-bahan ilmiah berbentuk buku dan ebook, kelas-kelas asas secara online juga offline (kelas asas blog dan kelas asas akaun) serta servis beriklan di portal pengiklanan kami (SOHO directori).

Logo ini terdapat pada setiap blog ahli yang berdaftar dengan ABDR. Peringatan! Bukan semua WAHM atau usahawan online boleh menggunakan logo ini tanpa kebenaran.

Kelebihan dan keistimewaan ABDR :-
  1. Kelas online sahaja dalam group kelas di facebook.
  2. Masa belajar yang sangat fleksibel ikut masa pelajar sendiri. Tiada limit masa ditetapkan.
  3. Nota tutorial bergambar lengkap disediakan.
  4. Dapat bergabung dengan lebih 1000 blogger alumni Akademi yang merupakan usahawan online dan WAHM.
  5. Masih boleh ikuti tutorial berterusan dalam kelas walaupun sudah selesai tugasan.
  6. Dapat menjana pendapatan dengan produk ABDR jika mendaftar sebagai PENGURUS ONLINE.

Jika anda bersedia untuk menggunakan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif, menjadikan blog sebagai medium perkongsian dan blog anda mudah berada di carian google serta mudah dijejak pembaca, jom sertai KELAS ONLINE BLOG ABDR.

Kami menerima pendaftaran setiap hari. Hubungi saya jika anda sudah bersedia.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Khamis, 15 Oktober 2015

Blog = Kedai Online

Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), peserta akan belajar asas membina kedai online yang lengkap dengan:

  •  Maklumat diri pemilik kedai
  •  Borang Tempahan
  •  Terma syarat
  •  Label
  •  Pages
Salah satu contoh kedai online peserta ABDR yang lengkap adalah http://aidailyani.blogspot.com/

Kedai online seperti ini sesuai untuk semua jenis produk, tak kira untuk dropship atau produk anda sendiri.

Dan yang lebih penting sebenarnya, kami di ABDR tidak galakkan pelajar untuk hasilkan blog yang penuh dengan gadget-gadget yang bling-bling sehingga merimaskan pembaca untuk scroll dengan mudah dan cepat.

Tujuan pembaca mencari info di blog adalah untuk lebih maklumat sebelum dapatkan sesuatu produk yang mereka inginkan. Jadi jika blog kita yang terlalu sarat dengan gambar-gambar, sehingga melambatkan proses loading, mereka akan terus skip sahaja dan mungkin terus tak jadi nak jelajah blog kita. Rugikan di situ.

Pelajar juga akan belajar menulis secara konsisten. Tak semestinya jamu pembaca dengan produk semata-mata. Tapi kongsi juga pengalaman atau catatan harian yang ringan dan disukai pembaca.

Anda boleh lihat banyak lagi contoh blog kedai online yang lengkap seperti ini di blog saya atau di laman ABDR. Alhamdulillah, semua peserta berjaya menghasilkan blog sendiri dalam kelas ABDR. Ada yang zero basic juga sekarang sudah konsisten menulis di blog.

Bagi yang ingin belajar hasilkan blog kedai online seperti ini, boleh sertai kelas online blog fanpage mula bisnes di ABDR. Kami buka pendaftaran setiap hari.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Rabu, 14 Oktober 2015

Peluang Dropship Buku

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Baru-baru ini kita dengar di Facebook tentang robot fb Mat Jukebeg yang mengesan dan menyekat foto / tulisan berunsur iklan. Robot fb ni mahu menekan semua peniaga online supaya gunakan servis iklan berbayar (FB Ads) untuk menaikkan perolehan mereka dari sales FB Ads. Tidak kasihan langsung kepada peniaga kecil online!  

Tapi tak mengapa, kumpulan sokongan ABDR tetap saling menyokong dan membantu like, komen dan share status rakan-rakan yang lain. Terbaik ABDR.

****************************************************

Sekiranya anda baru nak belajar berbisnes, belajar dulu guna medium percuma seperti:-
  1. -Facebook
  2. -Fanpages
  3. -Blog
  4. -Instagram
  5. -Mudah.my
Sebelum melangkah jauh, mahirkan diri guna medium yang tidak berbayar ini dan belajar memaksimakan modal untuk mengembangkan bisnes anda.

Mahirkan guna medium di atas sehingga pandai dan mendapat hasilnya, barulah beralih kepada medium yang berbayar.

Kalau yang percuma pun kita tidak mahu cuba dan tidak boleh handle, inikan pula yang berbayar. Banyak kerugian yang akan anda hadapi nanti. Langkah ini anda boleh belajar dalam Kelas Online Mula Bisnes ABDR.

Kelas Blog Mula Bisnes Dropship

Kami menawarkan peluang dropship kepada tuan/puan yang mahu belajar memulakan bisnes dengan produk buku yang terdiri daripada bahan bacaan yang memberi motivasi dan ilmiah.

Mulakan dengan untung kecil dahulu, belajar gandakan usaha dan berusaha gandakan pendapatan.

Pakej Kelas Mula Bisnes Dropship Buku.
Yuran RM 250
Bonus 6 Ebook ABDR dan kelas blog bisnes dropship.
Atau 

Jika anda mahu jadi agen dropship buku sahaja tetapi tidak mahu kelas blog bisnes, yuran hanya RM 50.

Hubungi saya untuk pendaftaran.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Persediaan WAHM

Sebelum membuat keputusan berhenti bekerja, dan bergelar WAHM sepenuhnya. Buat dulu persediaan yang lengkap dan rapi.

1. Buat persediaan sekurang-kurangya 3 tahun ke hadapan.
2. Buat dahulu secara sambilan dan fokus kepada satu perkara. Tetapi kebanyakan kita tidak dapat fokus kerana timbunan maklumat.
3. Fokus kepada usaha menjana pendapatan dari sumber online. Asingkan sumber pendapatan ini dan tidak diambil.
4. Buat sasaran dan biarkan pendapatan hasil tersebut berupaya sama dengan gaji daripada kerja sedia ada.
5. Jika mampu berada 'zon zero hutang' ia adalah satu nilai tambah yang sangat membantu.
6. Usahakan untuk berada dalam kelompok yang betul.

(Sumber: Ebook Yeay! Mama Sudah Resign)


Ringkasan bab dalam ebook Yeay! Mama Sudah Resign.

Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahawan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

Dapatkan ebook pakej Promosi Oktober ini sekarang. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Selasa, 13 Oktober 2015

Penggunaan Gear Automatik Yang Betul

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Gambar: Koleksi Peribadi

Selepas habis SPM tahun 1996, saya mendaftar masuk kelas memandu motorsikal di Sungai Petani, Kedah. Yurannya saya bayar menggunakan duit simpanan hasil bekerja sambilan. Tujuan saya ambil lesen memandu itu supaya saya dapat menggunakan motorsikal orang tua saya untuk ke pekan dan mudah ke tempat kerja sambilan. Abah tidak benarkan saya guna motorsikal selagi tidak ada lesen - diharamkan! Faktor keselamatan adalah yang utama dan kedua kalau kena saman, memang nahas saya nanti. Alhamdulillah, dua kali ujian lapangan barulah lulus ;)

Gambar anak saya di kedai alat permainan, cuba try test je.
Manakala lesen memandu kereta saya ambil di Kuala Lumpur selepas mendapat kerja tetap di sini pada tahun 2000. Saya ambil masa lebih 6 bulan untuk kelas belajar memandu sebab pada masa itu, saya memang zero tentang kereta, tak kenal pedal minyak ke brek ke, punat viper, signal dan seumpamanya. Pakcik kelas memandulah yang mengajar asas memandu dan memperkenalkan serba sedikit komponen kereta yang kerap digunakan. Masa tu belajar memandu guna kereta Kancil manual. Alhamdulillah, sekali ujian lapangan dah lulus ;)

Kalau bagi saya kereta automatik, memang saya tidak pandai pandu. Orang kata lebih senang pandu kereta auto, tekan pedal minyak sahaja tapi maaflah saya lebih suka kereta manual. Walaupun bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur yang selalu sesak ni, saya masih menggunakan kereta manual. Suami saya ada ajar cara memandu kereta automatik tapi saya tak dapat nak ingat gear automatiknya.

Saya terbaca di facebook tentang penggunaan gear kereta automatik, jadi saya simpan disini untuk rujukan saya nanti.

Sumber: Fb Rahsia Hawa

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul..ramai yang selalu tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda.

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj.

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.

L - Low gear, gear pertama.

Betul ke? Hmm..siapa yang biasa pandu kereta automatik lebih tahu. Nanti saya cuba tapi tak tahu bila kerana saya adalah penunggang motorsikal tegar ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...