Jumaat, 9 Oktober 2015

Blog Trend Usahawan Online

Usahawan Internet yang terkenal iaitu Irfan Khairi mengatakan kepentingan blog kepada usahawan berniaga. Jika anda masih belum memiliki blog, mari baca apa kata Usahawan Internet tersebut. 

Sumber asal: www.irfankhairi.com

Blog, kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hinggalah ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya ini IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.

Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 orang pelawat blog anda setiap hari. Blog IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya untuk pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi kehadiran blog saya itu telah membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd setiap hari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

****************************************************

ABDR menyediakan 3 jenis kelas blog yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda.

Kelas Blog Penulisan - menulis berdasarkan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada, contohnya anda minat memasak. kongsikan resepi, rahsia, tips-tips masakan di dalam blog Ianya boleh dijadikan panduan kepada pembaca yang mengikuti penulisan anda dan secara tidak langsung blog anda akan menjadi salah satu daripada kaedah pemasaran, menukar pembaca kepada prospek pelanggan.

Kelas Blog Bisnes - membina kedai atas talian (online) berdasarkan produk atau servis. Contohnya produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan dan seterusnya. Kelas ini sesuai untuk surirumah yang tiada asas atau pengetahuan tentang urusniaga online. Kepada anda yang hendak memulakan berniaga, tetapi tidak tahu cara atau tidak ada produk, anda dinasihatkan untuk memilih Kelas Blog Bisnes.

Kelas Penulisan Kreatif - anda ada idea untuk menulis cerita dan mahu menghasilkan cerpen / novel sendiri. Belajar menggunakan ayat dan tertib yang betul daripada guru berpengalaman menulis.

Pilih kelas yang ingin anda ikuti dan hubungi saya.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

#janawangdarirumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...