Isnin, 26 Oktober 2015

Latihan Asas Penulisan Berinformasi

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Kalau wanita selepas bersalin, kena berpantang selama 44 hari paling kurang untuk memulihkan kesihatan ibu. Ada juga yang berpantang 100 hari.

Dalam Kelas Asas Blog Online ABDR pula, peserta kena siapkan 44 entri di blog sebagai latihan menulis dan untuk pasak blog kita dalam jejak carian Google.

Selepas anda memilih dan mendaftar kelas yang diinginkan, anda haruslah membaca ebook rujukan yang diberi sebagai panduan umum. Kemudian jawab soalan analisa untuk menentukan tajuk, fokus dan lima label utama untuk blog anda nanti. Beberapa lagi tugasan akan diberikan untuk melengkapkan blog anda.

Kemudian apabila sampai kepada latihan menulis 44 entri, tujuan utama adalah:
  1. Untuk memenuhi informasi yang fokus kepada tajuk blog.
  2. Untuk melatih menulis dan konsisten menulis selepas menguasai 44 entri tersebut.
  3. Untuk menarik pembaca tersendiri kerana setiap orang berbeza lenggok penulisan.
Cara mengekalkan konsisten menulis :-

1. Latihan 44 entri paling asas bagi yang baru mula menulis. Pastikan mula dengan catatan harian dalam buku nota. Kemudian pindahkan apa yang ditulis ke dalam blog.

2. Latihan menulis paling mudah ialah menulis apa aktiviti pada hari tersebut, catatan harian seorang surirumah, seorang pekerja, seorang ibu, seorang usahawan. Tulis apa sahaja aktiviti bermula bangun pagi.

3. Jangan tinggalkan walau satu hari, kebiasaaan 44 hari ini memudahkan kita menulis dan menjadikan ia rutin yang biasa.

4. Cari masa yang sesuai setiap hari ambil hanya lima hingga 10 minit sahaja. Tulis semula apa yang dicatat. Terus tulis dan publish, jangan ada perasaan teragak-agak.

5. Apabila kita sudah berada dalam zon bertenang, kembali lihat semula entri terdahulu, sunting dan tambah baik penulisan sedia ada.

6. Melepasi 44 entri kelihatan blog kita sudah begitu cantik tersusun dan sudah mula padat dengan informasi ringkas. Ia adalah cara paling mudah untuk menarik pembaca suka berkunjung.

7. Pembaca datang setiap hari kerana mahu baca apa yang dikongsikan.

8. Penulisan yang jujur menjadikan penyampaian lebih bersahaja dan blog sebegini suka didatangi lagi dan lagi.

9. Jika mahu ada pembaca datang, jadi jangan tidak ada entri baru. Istilahnya seperti menjemput tetamu dan tetamu itu adalah rezeki.

10. Jamu tetamu dengan perkataan baik-baik, mudahan ia kembali membawa rezeki untuk kita. Jika tidak hari ini, mungkin esok, atau lusa atau datang banyak serentak.

Belajar lebih lanjut dalam Kelas Asas Blog Online ABDRPendaftaran dibuka setiap hari. 

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah
#janawangdarirumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...