Rabu, 18 November 2015

Bagaimana Kelas Blog ABDR Membantu Anda?

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Kelas Asas Blog Bisnes / Penulisan

ABDR hanya menggunakan medium percuma iaitu blogspot.com. Modal / kadar yuran kelas hanya sekali sahaja dan kita akan belajar sampai pandai. Manakala ikatan ukhwah berterusan.

Di dalam Kelas Asas Blog ABDR, kami dikehendaki menggunakan nama sebenar untuk memperkenalkan diri sendiri dan membina kepercayaan pembaca / pelanggan.

Berlatih menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Meletakan tanda noktah, koma, seruan dan sebagainya di tempat yang betul.

Membina pautan ke fb personal dan fanpage. Pautan dengan alumni / blog rakan-rakan untuk sama-sama membantu sebarkan rakan niaga kita.

Menulis 44 entri secara berterusan untuk melatih penulisan yang konsisten. Tiada lagi alasan blog bersawang / terkubur. Gunakan masa sendiri untuk menyiapkan entri dan mengikut panduan yang diberikan oleh guru online. Semuanya bergantung pada usaha sendiri untuk menyiapkan blog dan menampakkan hasilnya. 

Manfaatkan dua label utama iaitu catatan harian dan catatan pengalaman untuk terus menulis. Jangan menulis tentang produk sahaja kerana matlamat penulisan untuk menarik pembaca / bakal pelanggan dan meningkatkan trafik blog.

Mendaftar dengan saya jika anda sudah sedia. Kami di ABDR sedia membantu anda.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...