Isnin, 16 November 2015

Cara Dropship Berfungsi

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Salah satu cara untuk menjana pendapatan adalah dengan bisnes dropship. Tidak perlu teruja untuk mengeluarkan produk sendiri. Mulakan dahulu dengan menjual produk sedia ada atau produk orang lain. Belajar mengumpul modal, mengumpul pelanggan, mengkaji kehendak semasa dan kaedah pemasaran yang berkesan.

Dropship ialah menjual produk fizikal / digital yang dibekalkan oleh pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.

Anda hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosi kan produk fizikal / digital tersebut di facebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya.

Cara Dropship Berfungsi.

* Pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog.

* Kemudian mempromosikan produk fizikal / digital tersebut kepada pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian agen mengambil bahagian komisyen.

* Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula kepada pembekal.

* Pembekal akan menguruskan penghantaran produk.

* Status penghantaran dimaklumkan kepada agen.

* Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar.

* Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Agen adalah perantaran antara pembekal dan pelanggan.

Anda boleh menyertai dropship kami, antaranya:
  • Dropship Buku
  • Dropship Telekung
  • Dropship Makanan Sunnah
  • Dropship Produk Makanan
  • Dropship Produk Islamik

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...