Jumaat, 13 November 2015

Domain Percuma Atau Berbayar?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami adakan kelas blog. Baik terus buat website dotcom, dotmy dan banyak lagi yang lebih canggih.

Kelas ini kami adakan khas untuk suri rumah yang baru hendak mula bisnes. Modal masih belum cukup untuk labur dan beli domain. Jadi adalah lebih mudah bagi mereka mula dengan apa yang ada.

Kita ada platform yang diberikan percuma, blogspot dan fanpage. Gunakan sebaiknya. Bila sudah ada untung lebih, boleh laburkan untuk buat website berbayar yang lengkap dengan shopping cart.

Inilah sumbangan ABDR terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.

Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. Blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.

1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Jika anda berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah, pilih mana-mana kelas berikut dan hubungi saya.

1. Kelas Asas blog dan penulisan - online dan offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online dan offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho (Grup Coaching - Kelas Online - Kelas Offline)
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran Pengurus Online 
8. Kelas Asas Wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - siap dalam tempoh 5 ke 7 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami di lebih 1000 blog.

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586
Blog: http://ruslindajalil.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/ruslindajalil
Email: ruslindajalil@gmail.com

#bekerjadarirumah
#bisnesdarirumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...