Jumaat, 14 Oktober 2016

10 Faktor Penghalang Kejayaan

Teks dan Sumber : Grup WA

1. EGO DAN RASA SELESA
Contoh : Syukurlah gaji RM3500, tak perlulah cari lebih, RM3500 dah cukup untuk aku. Ermmm buat apa nak kaya? Nanti riak pula!

2. TAKUT
Contoh : Takut untuk memulakan sesuatu, takut menghadapi perubahan hidup, takut mencuba sesuatu yang baru, takut akan persepsi orang, takut orang kata itu dan ini, takut kaya, takut miskin, takut gagal..macam-macam takut ada.

3. RASA TAK LAYAK
Contoh : Aku tak layak nak jadi kaya, tak layak nak dapat lebih RM100k, aku lebih layak hidup miskin..lebih layak hidup seadanya aku..

4. SUKA BERTANGGUH
Contoh : Nanti laa, rileks laa dulu, esok ada lagi, tunggu minggu depan laa, bulan depan ke.. Hakikat nak buat benda baik memang payah!

5. SUKA BERI ALASAN
Contoh : Aku sibuk, takde masa, bisnes tu tak sesuai untuk aku, aku tak pandai, aku tak tahu, masalah anak takde orang jaga, masalah nak mula tapi takde modal. Macam-macam alasan ada!

6. MUDAH TERPENGARUH DENGAN PERKARA NEGATIF
Contoh : Tengok post negatif dalam group terus rasa down, dengar orang cakap negatif terus terpengaruh, hilang semangat, apa sahaja yang negatif terus melekat dalam kepala dan terus hilang fokus. Sebab apa? Tak cari persekitaran yang lebih positif dan lebih baik. Ubah!

7. TIADA KESUNGGUHAN
Contoh : Tak bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka nak capai. Buat sesuatu sambil lewa saja. Main-main..

8. SUKA SALAHKAN ORANG LAIN
Contoh: Aku tak salah, aku jadi begini sebab upline aku....Aku tak berjaya sebab aku tidak dibantu, aku gagal sebab mereka yang buat dan bukan aku, semua sebab orang lain.

9. TAK YAKIN DENGAN DIRINYA SENDIRI
Contoh : Aku boleh ke? Aku tak yakinlah. Nanti tak close. Nanti orang tu reject. Nanti itu nanti ini..

10. TIADA MATLAMAT JELAS
Contoh : Buat sesuatu sekadar sahaja, dapat capai ataupun tidak tak kisah. Tiada target. Sebab tu bisnes bertahun-tahun masih di takuk yang sama sebab tiada matlamat yang jelas.

Kenali sendiri apa yang menghalang anda untuk berjaya..tepuk dada tanya hati dimanakah posisi kita jika benar kejayaan yang kita inginkan.

Hakikat nak seribu daya tak nak memang seribu pula dalihnya..

KENALI DIRI UBAH PERIBADI
KEJAYAAN PASTI BUKAN LAGI MIMPI!

"Kaya Harta Kaya Jiwa"

#cnp perkongsian dari grup WA, tak tahu siapa penulis sebenar untuk diberikan kredit. 

#perkongsian di sini untuk bacaan dan motivasi diri sendiri serta pembaca yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...