Selasa, 18 Oktober 2016

Penjagaan Ibu Berpantang dan Menyusu

Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Ada banyak cara pengambilan Manjakani untuk kesihatan dalaman ibu selepas bersalin dan Habbatusauda sebagai penggalak susu ibu. Tak tahu macam mana rupa Cik Manjakani dan Habbatusauda? Silalah cari Pakcik Google sebab dia simpan banyak gambar.

Manjakani

Habbatusauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam
MANJAKANI

Cara Makan

Rebus buah manjakani dan buang kulit. Hanya ambil isinya dan digentel-gentel dengan nasi dan telan. atau letak dalam pisang dan telan supaya tidak tergigit manjakani yang pahit itu.

Cara Basuh

Rebus manjakani dan biarkan sejuk dahulu. Gunakan air rebusan itu untuk mencuci 'aset' wanita.

Cara Minum

Rebus Manjakani dan biarkan suam kemudian boleh terus diminum. Selain itu, anda boleh tambah halia dan kunyit semasa merebus untuk rasa yang lebih menyengat. 

#di olah semula daripada sumber ibuamsyarasyraf.blogspot.my

5-6 helai daun sirih
3 tangkai daun inai (daun sahaja)
2-3 biji manjakani

Bahan-bahan ini direbus dengan api perlahan tapi jangan lama sangat nanti jadi super pahit. Biarkan suam kemudian minum, dua kali dalam sebulan. Tidak boleh diminum semasa haid.

Khasiatnya sangat elok bagi wanita untuk menaikkan seri muka dan mengurangkan bau badan.

#di olah semula daripada sumber FB Pn. Shima Harun.

HABBATUSAUDA

Makan 7 biji Habbatusauda sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur untuk menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga kepada tubuh, mengurangkan kolestrol dan membanyakkan susu ibu.

ABDR ada pakej yang mengandungi kedua-dua herba ini dan disertakan dengan dua buah ebook berkaitan menu dan panduan berpantang. 

Hubungi saya,

Pengurus Online
sms/whatsapp 013-2006586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...